Friday 22 February 2013

Simple and spontaneous story

Assalamualaikum

Hi readers.
Tuition is a place for us to make an extra study or revision. Not only that, we will also meet new friends and teachers and then sharing ideas with each other. But Amsyar is a boy who is very enjoy when doing anything in his life. Plus with the crazy and funny teachers and friends there. For Amsyar, the funniest teacher at his tuition class is Mr.Asrol. So, he feel that beside from learning at tuition class, she can also relieve tension and pressure that he faced at school. Homework, curricular activities and stuff. After the class for Physic is finished, Mr.Asrol give him a piece of paper. 'Here is this my simple essay. have a read! Oh yeah!' shouted Mr.Asrol while showing rock style to Amsyar. Then, they both laughed.

Amsyar keep looking for leisure to read Mr.Asrol's essay. Well actually it is not an essay. It is a spontaneous story that Mr.Asrol created by himself. Actually there are many story that Mr.Asrol created but he only keep it in a file and just wait the right time to give to the right person to read her story that suitable for the person he chose. One of the chosen person is Amsyar. Finally, he read the story on Saturday night......

TITLE : ______________________? oh there's no title...however Amsyar started reading it.

Dulu aku pernah study, study aku bukan macam study orang lain. study aku adalah study. belajar aku adalah belajar. Bukan untuk exam tapi belajar untuk belajar. Selebihnya aku lebih terjurus ke arah aktiviti yang mengarut bersama group THE ASROL (Absolutely Soldier Republic Of Love). Ini lebih berpaedah daripada aku buat benda yang aku x paham.

Satu hari di bilik kuliah...

Pensyarah aku ini seperti biasa memulakan kelasnya dengan sekarangan mutiara kata, beserta contoh-contoh relevan yang didasari oleh fenomena realiti yang berlaku masa kini. Aku suka keadaan ini, di mana pensyarah bukan sahaja deliver ilmu berkaitan subjeknya, bahkan menyelitkan sedikit nasihat dan ingatan berguna untuk diaplikasikan selepas melangkah ke luar bilik kuliah. Sikit, sekejap pun jadilah.. Kadang-kadang pensyarah cuma ajar konsep tu, teori ni, teminologi nun, pung-pang pung-pang! teeeettt, terima kasih!! abis kelas dan blah macam tu saje. Aku rasa tak ada pengisian jiwa langsung. Nak jugak dengar kata-kata hikmah ke, berita terkini ke, apa-apa je yang boleh kendurkan sikit atmosfera bilik kuliah yang tegang. 

Pesanan pensyarah aku kali ni berbunyi: 'nilai kembali keupayaan diri' dan 'cuba keluar dari comfort zone anda' 

Mari kita lihat contoh ini: Gajah

Secara fitrah dan harfiahnya.....

gajah ialah haiwan bukan domestik. Kalau dikatakan domestik, sudah tentu ia tak dibela di belakang rumah seperti apa yang kita lakukan terhadap ayam, itik, lembu dan kambing.
Gajah ialah binatang liar dan makan tumbuhan liar, seliar nalurinya, eh? tapi ia bukan liar (penipu) kerana tak boleh berkata-kata dan berfikir.
Manakala 'gajah..gajah..' pula lebih menjurus kepada tarian Shin Chan yang acapkali dilakukan tanpa memakai seluar, diikuti dengan bunyi 'kuk' apabila kepalanya dihadiahkan peluku Puan Nohara.

Sebilangan penduduk dunia contohnya kanak-kanak hingusan di Thailand dan India boleh berjalan beriringan dengan gajah tanpa sekelumit gerun pun di hati. Macam berjalan sebelah semut. Sebaliknya, kebanyakan orang dewasa Malaysia masih lagi takut-takut taik ayam even untuk memberi sebiji kacang kuda rebus kepada seekor gajah tua yang telah ditumpulkan gadingnya di dalam kurungan zoo Johor.

Lalu kita meamandang dengan penuh kagum, bagaimana manusia kerdil boleh bersahabat dengan sang gedembai. Boleh diaranh-arahkan dan ditunggani pula belakangnya.
Macam mana ye, gajah yang besar, ganas camtu boleh terlupa yang pada hakitkatnya is tu liar? Ia ingat ia adalah seekor anjing. Semestinya ia telah dijinakkan. Tak...bagi aku. istilah jinak lebih sesuai diganti dengan bodoh..

Gajah itu telah diperbodohkan.

Cara pertama, kejam. Anak gajah akan diasingkan daripada kawanan gajah yang lain. Menculik ni namanya. Anak gajah yang kesian tu mesti akan rasa pressure sebab ia tinggal seekor je sekarang ni, yatim piatu, takde siapa nak lindunginya. Gajah binatang yang sensetif tau. Lagipun, bila ramai-ramai, kita rasa kuat. Bila tinggal sorang-sorang, mulalah terkulat-kulat. So inilah masanya.

Anak gajah tadi akan diacah-acah dengan api. Anak gajah tu for sure takut. Bukan macam anak manusia, tak takut api. Kecik-kecik dah pandai curi lighter abah, nak bakar mercun. Alih-alih jari tinggal 6 je. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi..Eh.

Anak gajah yang ditakut-takutkan dengan api akan terseksa batinnya. Takut, rasa terancam, semua ada. Serta-merta anak gajah terasa seperti dibuli dan akhirnya terus mengikut kata manusia tersebut. Baik jangan melawan. Kalau tak buat, kena cucuh api. Macam mangsa penderaan.
Sampai gajah tu dah tua, ia masih lagi ikut telunjuk manusia. Ia dah lupa yang ia tu binatang liar.. Ia lebih takutkan api berbanding takut kebebasan dirinya dirampok. Cerdik sangat manusia ni. Rasa macam hendak menangis.

Cara kedua, penuh permainan psikologi. Gajah yang baru 'diculik' akan dirantai kakinya pada sebatang pokok balak. Bila dikatakan balak, sudah tentu ia berat beriban-iban kilo. Gajah tang terasa dirinya diperlakukan seperti seekor kambing yang ditambat, akan berusaha membebaskan diri.

''Aku gajah bukan kambing. Aku tak perlu ditambat-tambat. Aku hidup liar. Lagipun, aku bukan ayam tambatan skuad Jengking yang saban musim kehilangan bisanya tu! Aku tak rela diperkecil-kecilkan, kerana sesungguhnya aku bertubuh tidak kecil!'' mungkin itu jeritan batin si gajah sambil menarik-narik kakinya kakinya daripada rantai besi.

Walau sekuat manapun ia menghentak-hentak, menarik0narik kakinya, kalau dah namanya diikat pada kayu balak, memang tak boleh lari gak. Pokok balak tak berganjak walau seinci jari cuma. Usaha untuk meloloskan diri tak berjaya walaupun berminggu-minggu ia mencuba. Last-last gajah tersebut penat dan melupakan hasrat ingin membebaskan diri. 

Seterusnya ia akan dirantai pula dengan pokok yang lebih kecil, mungkin poko pinang. Walaupun gajah tersebut berupaya untuk menumbangkan poko tersebut, tetapi mind ia dah disetkan 'alah, tak leh lepas gak macam hari tu. Watpe sakitkan badan buat kerja sia-sia. Lebih baik aku makan biji pinang. Ada gak paedahnyeee'

So, gajah pun buat donno je, tak membantah ape, dan akhirnya terlepas peluang keemasan untuk kembali hidup bebas di dalam hutan. Aku bet ah, kalau gajah yang terbodoh ini dirantai pada poko tauge sekalipun, ia pasti takkan berganjak kerana menyangka pokok taugeh lebih kuat daripadanya, Sedangkan taugeh itu picit dengan hujung jari pun boleh hancur tak tinggal sisa, apatah lagi jika diapit di antara 2 barisan gigi geraham. Makan pon sodap.

Akibat daripada kebodohan diri sendiri, tak nak mencuba lagi dan cepat berputus-asa, jadilah gajah yang besar tu hamba kepada manusia. Suruh tarik balak, ia tarik. Suruh golek dalam najis, ia golek. Suruh makan, ia makan. Suruh mengaji, ia tak mahu.

Sudah tentu ia tidak ingin menjadi seperti gajah-gajah yang telah di'jinak'kan itu. Kita berkeupayaan buat sesutu perkara dengan lebih bagus lagi sebenarnya. Kita hanya menggunakan tak sampai 50% keupayaan otak masing-masing. Sebenarnya....sebenarnya...kita berupaya! Cuma kita je yang malas meneroka keupayaan diri kerana kita tak nak keluar dari locus of control yang selama ni menjadikan hidup kita senang, mudah dan tak perlu sesakkan kepala otak dengan segala mak nenek masalah dan risiko.

Begitulah seperti apa yang diberitahu oleh pensyarah aku....

Ambillah iktibar daripada kisah sedih gajah-gajah ini kerana daripada mereka, kita dapat belajar sesuatu yang berguna. Rasa kegagalan, takde harapan itu semue mainan minda. Istilah 'gagal' tu harsh sangat. Aaku lebih suka ia digantikan dengan 'tersilap' kerana kalau tersilap menghitamkan jawapan pada jawapan OMR. boleh kupadam. Tersilap haribulan, dapat kahwin dengan anak raja. Eh.

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Nota kaki:

''Mengetahui apa yang anda ketahui,
dan mengetahui apa yang ada tak ketahui,
itulah sesungguhnya mengetahui''

Asrul Ciko ex Punk Rock Vocalist Republic of Love.

So that's it, after reading it, Amsyar feel very spirit and courage to put himself among the best position. He want to run out from his comfort position right now. He want to keep trying and learning from his mistakes and others too and be brave to face and overcome challenge and risk. Not because want to praised or proud for. but for preparation of knowledge to face world and hereafter. And he determined to learn because to get knowledge for the sake of Allah. Amsyar has own words. Spread knowledge, spread love. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. hi there. Thanks for reading. May it is helpful and informative for you guys. do leave a comment.