Saturday 26 February 2022

Comeback 2022.

Assalamualaikum

It's been awhile since my last post in 2 years ago. Alhamdulillah. I've learnt a lot. Top of all, to redha about everything that out of my control. Everything is by Allah's will. At the end of the day, we will gather on the day of Judgement.

Kindness,
tak ada siapa pun sukakan kejahatan, jadi kenapa kita nak buat jahat dekat orang? 
tak ada siapa yang suka bahasa yang kasar, tapi kenapa kita nak bercakap kasar dengan orang?
maka, perbaiki diri menjadi lebih baik itu adalah perkara yang sepatutnya kita lakukan. untuk apa? untuk mendapatkan kebaikan itu sendiri datang pada kita. dan semestinya untuk mendapatkan REDHA, RAHMAT & KEAMPUNAN ALLAH. 

masih memilih ego? tidak mahu kembali pada kebaikan dan kebenaran? padahal Kebaikan adalah fitrah kita sebagai manusia. top of all, kita hanya hamba Allah. Kalau tetamu masuk rumah kita, kita bagi peraturan kena buka kasut, jangan buat bising, hormat tuan rumah, right?

Jadi cuba fikir sejenak, kita ni manusia tumpang di bumi Allah, tapi kenapa kita langgar peraturan Allah (tuan rumah)?

Allah tidak meminta apapun daripada kita melainkan ketaatan kita, kepatuhan kita pada Dia sebagai Tuhan yang berhak disembah. itu sahaja.

Allah give us a lot of facilities, nikmat makan, nikmat minum, nikmat pakaian, nikmat kerja, nikmat pasangan, nikmat berkeluarga, nikmat lepak mamak, nikmat naik moto, nikmat bawa kereta, nikmat rumah, nikmat kecantikan, kesegakan dan banyak lagi. tapi kenapa kita memilih untuk berpaling padahal nanti kita kena pulang pada Allah juga. Malu kan dengan Allah?

jadi, Sabirah belajar, jangan ego untuk meminta maaf, jangan ego untuk mengaku kesalahan diri sendiri.
same goes to, jangan malu untuk bertaubat, jangan malu untuk minta ampun pada Allah, jangan malu untuk mengakui dosa pada Allah, sebab apa? Sifat Maaf Allah tu lebih besar daripada kemurkaan Dia.

dah sedar buat dosa, kenapa tak taubat? bumi kita dah tua tau, rasanya boleh kata macam dah hujung tanduk. Get prepared, fikir sejenak, bekalan apa nak bawa ke alam sana? Allah bagi peluang untuk kita bersihkan dosa kita dengan taubat, kembali ikut perintah dia. Jangan sampai, pintu taubat dah tertutup. 

Covid, banjir, puting beliung, Omicron, Gempa bumi, dah banyak sangat AMARAN/TEGURAN Allah pada kita. Sedar ke sedar? Bangkitlah. mantapkan iman dan taqwa kita. Kuatkan rohani kita, betulkan akidah kita sebab yang mendatang adalah sesuatu yang lebih dahsyat. Ingat, makanan kita yang sebenar adalah zikir dan selawat. Percayalah kita tak akan lapar walau tak ada makanan selagi kita yakin dan kembali pada Allah.



FORGIVENESS,
kita ni manusia biasa je, kenapa susah sangat nak memaafkan? sedangkan Allah itu MAHA PEMAAF, kenapa kita sesama manusia sangat ego untuk memaafkan?

Kita nak Allah maafkan dosa kita betul tak? so, kat sini nak bagitu kita kena JADI orang yang PEMAAF dulu. Orang datang minta maaf pada kita, malah kita ego pula? malah menyindir lagi orang yang datang minta maaf tu. Jadi fikir-fikir kan. 

what goes around will come around.

Mungkin kita rasa apabila kita mula perbaiki diri, banyak benda yang seronok kita tinggalkan, banyak benda yang best2 akan terlepas, kita fikir bila kita cuba jadi manusia yg lebih baik, orang akan menganjing, sindir, membadutkan kita, hilang kawan, hilang populariti, TAK MENGAPA, sebab apa?

sebab semua kehilangan yang kita hadapi tu, Allah pasti gantikan yang LEBIH BAIK. Lebih baik yang macam mana? ia sesuatu yang kita tak duga pun, sesuatu yang kita tak expect pun kita akan dapat. :) Allah tu romantik kan?, Dia akan bagi kita kejutan/ hadiah berbungkus hikmah :) We might be lost something good behind, but Allah has planned something better, so why must be worry? :) Janji Allah itu pasti. Allah sayang pada kita sebab tu Dia titipkan rasa KEINSAFAN, rasa bersalah.

semoga bermanfaat. Until next post, Assalamualaikum





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. hi there. Thanks for reading. May it is helpful and informative for you guys. do leave a comment.